Atasi Cabaran & Dugaan Proses Penyusuan dengan Breast Therapy Thermal Pad
Penyusuan ibu secara eksklusif untuk kebaikan dan tumbesaran bayi
Bergelar seorang ibu adalah impian bagi setiap wanita yang berkahwin. Menjadi seorang ibu tidak dapat dipisahkan dengan pengalaman menyusukan bayi atau anak yang dilahirkan.
Penyusuan susu ibu bermaksud memberi minum kepada bayi atau anak-anak yang berusia dalam lingkungan 1 hari sehingga 2 tahun atau lebih secara terus dari payudara ibu.
Berdasarkan saranan dari World Health Organisation (WHO), penyusuan bayi disyorkan atau digalakan selama 6 bulan sejak dari hari pertama dilahirkan atau lebih tanpa tambahan susu formula atau makanan pejal.
Walaupun selepas melepasi tempoh 6 bulan dan bayi atau anak mereka sudah boleh menerima makanan pejal lain, ibu-ibu digalakkan untuk meneruskan penyusuan susu mereka. Ini kerana, susu ibu terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri.
Khasiat dan kelebihan susu untuk ibu dan bayi
Proses penyusuan itu sendiri terbukti dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Selain mempunyai khasiat, susu ibu juga mempunyai kebaikan yang tersendiri kepada bayi.
Antara kebaikannya ialah membekalkan nutrien yang cukup dan mengelakkan bayi daripada menghadapi masalah kelaparan. Selain itu, susu ibu juga akan menghindari bayi daripada terkena jangkitan seperti cirit birit, selesema, jangkitan paru-paru dan lain-lain.
Kebaikan susu ibu tidak terhad kepada bayi sahaja, malahan penyusuan susu ibu juga memberi kebaikan kepada ibu itu sendiri. Antara kebaikannya adalah semasa proses penyusuan berlaku akan terhasilnya hormon oksitosin yang membantu dalam proses pengecutan rahim ibu selepas bersalin.
Selain itu, penyusuan juga dapat mengurangkan risiko ibu mendapat kanser payudara dan ovari. Di samping itu, penyusuan adalah kaedah semulajadi dalam perancangan keluarga.
Cabaran-cabaran yang dilalui
Masyarakat sering dimomokkan dengan kesakitan ketika melahirkan sehingga terlupa dengan cabaran dan dugaan proses penyusuan yang ramai tidak tahu. Realitinya, penyusuan bagi setiap ibu itu berbeza dan tidak kurang hebat cabaran dan dugaan bagi seorang ibu untuk terus konsisten dalam penyusuan bayi mereka.
Penyusuan bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang disangkakan sesetengah orang. Menyusu memerlukan seseorang ibu itu memberi komitmen dan ketahanan diri selama tempoh penyusuan berlangsung. Berikut adalah antara cabaran-cabaran yang sering dihadapi oleh ibu-ibu ketika proses penyusuan.
1. Terpaksa mengorbankan masa rehat dan tidur
Proses penyusuan akan memerlukan ibu-ibu mengorbankan masa rehat dan tidur mereka. Mereka perlu mengucapkan selamat tinggal kepada waktu tidur mereka kerana bayi lazimnya akan bangun setiap 2 jam pada waktu malam untuk menyusu.
2. Keletihan dan sakit badan
Kita sering mendengar, ibu-ibu yang menyusu ini mengadu kerana keletihan dan sakit badan akibat daripada proses penyusuan. Proses penyusuan menuntut ibu-ibu untuk sentiasa bertenaga kerana semasa proses penyusuan berlangsung, kebanyakan bayi tidak mahu berenggang dan sentiasa mahu berada dekat atau berada dalam dakapan ibu mereka. Apabila bayi berkelakuan seperti ini, ibu-ibu perlu melayan kerenah mereka dan hal ini membuatkan para ibu cepat berasa keletihan. Tambahan pula, posisi penyusuan tertentu dalam jangka masa panjang menyebabkan ibu-ibu alami sakit badan.
3. Pengaliran air susu yang perlahan
Antara cabaran lain yang sering dihadapi oleh ibu-ibu adalah pengaliran air susu yang perlahan. Ibu-ibu yang menghadapi masalah ini sering tertekan dengan jumlah susu yang dihasilkan disebabkan pengaliran susu yang perlahan. Impian setiap ibu adalah untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak mereka. Tetapi sekiranya perkara sebegini berlaku sudah pastilah akan memberi kesan kepada emosi ibu itu sendiri.
4. Puting tersumbat
Bukan itu sahaja, sering juga kita dengar terdapat ibu-ibu yang mempunyai masalah puting tersumbat. Masalah puting tersumbat ini berlaku kerana salah satu bahagian payudara tidak mengalirkan susu dengan betul semasa proses penyusuan.
Apabila ini terjadi, proses penyusuan akan terbantut. Bayi tidak mendapat bekalan susu yang mencukupi dan ibu berkemungkinanan akan menghadapi masalah lain seperti bengkak susu dan mastitis.
5. Bengkak susu
Di samping itu, ibu-ibu juga akan merasa beberapa kesakitan yang sering berlaku semasa menyusu. Bengkak susu sangat sinonim dengan ibu-ibu yang baru melahirkan dan dialami oleh hampir kesemua yang bergelar ibu.
Bengkak susu adalah bengkak yang terjadi di bahagian payudara disebabkan penghasilan susu yang meningkat dan lazimnya berlaku selepas beberapa hari melahirkan. Tetapi tidak mustahil juga untuk berlaku pada bila-bila masa sepanjang tempoh penyusuan.
Bengkak susu ini boleh membawa kepada demam yang tinggi malah boleh menyebabkan sakit yang lebih teruk jika tidak dirawat antaranya adalah mastitis iaitu keradangan dan jangkitan di bahagian payudara.
Mudahkan proses penyusuan dengan 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pad
Bagi merealisasikan impian setiap ibu untuk memberi yang terbaik kepada bayi mereka tercapai setiap ibu perlu mempersiapkan diri dengan persiapan penyusuan yang membantu melancarkan proses penyusuan mereka. Sesuai dengan slogan Shapee iaitu Makes Breastfeeding Easier, 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pad direka khas bagi mengatasi masalah-masalah di atas.
3-in-1 Breast Therapy Thermal Pad direka khas bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan di atas iaitu:
1. Pengaliran susu yang perlahan
2. Puting tersumbat
3. Bengkak susu
4. Mastitis
3-in-1 Breast Therapy Thermal Pad ini direka dalam bentuk bulat untuk menyesuaikan dengan semua jenis saiz payudara dengan dan didatangkan dengan 360o penutup penuh. 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pad ini mempunyai elemen gel yang kelihatan seperti biji-biji manik kecil di dalam pad tersebut. Gel-gel ini bertujuan untuk mengawal ketahanan suhu panas atau sejuk dengan lebih lama. Berkualiti tinggi dan bebas BPA & BPS yang mampu menahan tekanan. Untuk menjadikannya lebih selesa, 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pad sangat lembut dan mudah dilenturkan bagi memudahkan ibu-ibu menyesuaikan dengan saiz payudara masing-masing. Selain itu, 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pad ini boleh dibasuh dan digunakan berulang kali. Cara basuhannya hanyalah menggunakan air suam dan sabun mencuci pinggan.

3-in-1 Breast Therapy Thermal ini mempunyai 3 jenis kelegaan terapi iaitu yang pertama terapi sejuk tanpa menggunakan pam payudara yang bertujuan untuk melegakan pembengkakan di bahagian payudara.
Yang kedua, terapi panas tanpa menggunakan pam payudara yang membantu untuk melegakan saluran yang tersumbat dan mastitis.
Manakala yang ketiga ialah terapi panas yang menggunakan pam payudara. Terapi yang ketiga ini membantu pengeluaran susu dan menjimatkan masa mengepam susu.
Cara untuk menggunakan 3-in-1 Breast Therapy Thermal ini juga sangat mudah. Sekiranya digunakan untuk terapi sejuk, ibu-ibu hanya perlu memasukkan pad ke dalam peti sejuk untuk disejukkan selama 1 jam sebelum digunakan.
Manakala bagi terapi panas terdapat dua cara iaitu dengan memasukkan ke dalam microwave mengikut suhu di bawah atau masukkan ke dalam periuk berisi air yang diletakkan di atas dapur selama 10 minit.


3-in-1 Breast Therapy Thermal dari Shapee ini akan membantu ibu-ibu menjalani proses penyusuan dengan mudah dan gembira. Emosi ibu yang baik akan membantu penghasilan susu yang banyak dan berkualiti.
Semoga dengan perkongsian ini semua ibu akan mendapat manfaat daripadanya!