Bagi mereka yang bergelar ibu serta dalam fasa menyusu, pastinya badan anda mengalami pelbagai perubahan terutamanya payudara menjadi semakin sensitif dan berubah saiz.  Malah, bra biasa yang dipakai selama ini bukan sahaja sudah tidak muat, tetapi sudah tidak selesa untuk digunakan sewaktu menyusu.


Sebenarnya, anda boleh bertukar kepada pilihan yang lebih mudah dan selesa, iaitu nursing bra. Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara memilih nursing bra yang terbaik.


Jom kita mula!

Bila masa yang sesuai untuk beli nursing bra

Pastinya anda tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk membeli nursing bra ini. Maklumlah, saiz payudara anda sentiasa berubah bermula dari fasa mengandung hingga ke fasa menyusu.


Tahukah anda, nursing bra boleh digunakan bermula dari saat anda mengandung lagi? Jadi, tidak ada masalah untuk anda mula membeli nursing bra ini sejak dari awal kehamilan lagi.


Kami kongsikan beberapa peringkat waktu yang sesuai untuk membeli nursing bra ini:


Trimester 2: Buat 20 minggu pertama kehamilan, saiz cup bra boleh bertambah besar sehingga dua saiz daripada biasa. Contohnya, jika sebelum mengandung, anda boleh memakai saiz cup bra 32C,  sewaktu kehamilan ini, saiz cup bra anda boleh berubah sehingga saiz 38D/40C. Anda boleh membeli set bra pertama pada peringkat ini untuk menggantikan bra lama yang sudah tidak sesuai.


Minggu akhir kehamilan: Saiz payudara anda akan membesar sekali lagi dan bersedia dengan pengeluaran susu untuk si bayi.


Minggu pertama menyusu: Pada fasa ini, pemilihan nursing bra sangat penting bagi melancarkan proses menyusu bersama si bayi. Payudara ibu perlu berada dalam keadaan yang selesa bagi menjadikan fasa menyusu ini lebih mudah. Ibu selesa, anak pun gembira!


Sepanjang tempoh menyusukan anak:

Sepanjang tempoh menyusukan anak ini, ibu boleh bertukar kepada nursing bra yang sesuai dengan gaya hidup dan kehidupan seharian.

Cara memilih nursing bra yang terbaik

Bagaimana caranya untuk memilih nursing bra yang terbaik? Sebenarnya, ia bergantung kepada keselesaan dan pilihan seseorang individu tersebut. Jom kita lihat cara apa yang boleh dilakukan bagi membantu membuat pemilihan yang terbaik:



Saiz cup yang betul


Pertama sekali, sebelum membeli mana-mana bra, pastikan anda membeli saiz cup yang betul. Berikut merupakan langkah bagi mengukur saiz bra yang sesuai bagi anda.


Langkah 1: Ukur lilit dada dan atas dada. Catatkan ukuran anda

Cara mengukur bra sewaktu hamil
Cara mengukur dada & memilih saiz bra yang tepat​​

Jenis kain yang premium dan selesa


Dah dapat saiz cup yang sesuai? Seterusnya, pilih jenis kain yang sesuai dan selesa untuk dipakai. Tidak ada gunanya sekiranya saiz sudah sesuai, tetapi anda tidak tidak selesa memakainya.


Bagi pemilihan jenis kain, pilih nursing bra yang diperbuat daripada kain kapas atau kain yang lembut. Sekiranya anda merupakan ibu dengan gaya hidup yang aktif, pastikan juga kain yang dipilih mudah menyerap peluh bagi membantu anda kekal selesa.


Selain itu, pastikan kain yang dipilih merupakan material jenis elastik. Ia akan membantu memberi sokongan terutamanya jika berlaku perubahan pada saiz payudara.


Rekaan bra yang memudahkan penyusuan


Seterusnya, pilih rekaan bra yang akan memudahkan penyusuan dan juga senang untuk digunakan.


Berikut merupakan beberapa tips rekaan nursing bra yang akan memudahkan penyusuan anda:

  • Pilih nursing bra yang tidak mempunyai wayar di bawah. Bra dengan wayar akan memberikan tekanan kepada milk duct atau saluran susu
  • Bra dengan klip yang mudah dibuka dengan sebelah tangan sahaja
  • Mampu memberikan sokongan serta merupakan kain yang lembut bagi payudara yang sensitif
  • Nursing bra dengan bra extender atau hook lebih sekiranya berlaku perubahan kepada saiz payudara sepanjang tempoh menyusu

Tips bonus bagi memilih rekaan bra yang terbaik:


Pilih rekaan nursing bra 2 dalam 1. Sebagai contoh, nursing bra yang menggabungkan nursing bra dan juga pumping bra.


Biasanya, jenis rekaan bra ini akan mempunyai aksesori zip (memudahkan proses mengepam susu) dan klip (memudahkan proses menyusu anak). Dengan memilih rekaan ini, ia pastinya lebih menjimatkan wang dan juga memberikan dua kelebihan pada masa yang sama!


Shapee sentiasa peka kepada keperluan ibu yang menyusukan anak. Oleh itu, mereka menawarkan beberapa rekaan nursing bra yang menarik dan pastinya memudahkan golongan ibu.


Jom kita lihat beberapa contoh pilihan yang anda boleh cuba:

hands free pumping bra
HandsFree Pumping Bra dari Shapee​​

HandsFree Pumping Bra


Bagi mereka yang inginkan kelebihan dua dalam satu, produk ini adalah untuk anda. Apa yang menarik tentang nursing bra ini, anda boleh menyusu atau mengepam susu dengan mudah hanya menggunakan satu bra.


Nursing bra lain menawarkan satu jenis bukaan, namun Handsfree Pumping Bra menawarkan dua rekaan khas bagi menyusukan anak anda dengan mudah iaitu:

 

Breast flange insert

 

Dengan adanya breast flange insert, ia yang bukan sahaja  akan menjadikan corong botol pam lebih tersembunyi, malah sambil mengepam susu pun ibu-ibu boleh lakukan kerja mutiltask! Ibu yang suri rumah pun boleh melipat baju, yang kerja di pejabat lagi boleh menaip di komputer. Mudahnya!


Zip dan velcro


Zip yang mudah untuk ditanggalkan untuk anda terus menyusukan anak. Bukan itu sahaja, dengan ciri tambahan seperti velcro di bahagian belakang bra, ia boleh dilaras dan diubah mengikut saiz payudara yang berubah.

 

Bagaimana pula sekiranya anda perlu mengepam susu? Tak perlu lagi membuka bra hanya untuk mengepam susu, nursing bra ini sudah mempunyai bukaan khas bagi memudahkan ibu hanya memasukkan pam susu. Mudahnya!

Anda berminat? Jangan lupa dapatkannya di sini.


Flange Insert pada Hands Free Pumping Bra
Hands Free Pumping Bra dari Shapee​​

Pilih Nursing bra yang sesuai dengan gaya hidup anda


Siapa kata ibu sudah tidak boleh bergaya dan melakukan aktiviti seperti dahulu walaupun sudah mempunyai anak? Walaupun dalam fasa menyusukan anak, ibu-ibu hebat seperti anda juga boleh bergaya dan kekal selesa dengan pemilihan nursing bra yang betul dan sesuai.


Jom kami kongsikan bagaimana anda boleh memilih nursing bra yang sesuai dengan gaya hidup anda:


Kekal selesa sepanjang hari

Jika anda ingin membeli nursing bra untuk kegunaan dalam kehidupan seharian, dua pilihan ini cukup sesuai:

Classic Nursing Bra by Shapee
Classic Nursing Bra ​​bagi mereka yang sukakan rekaan minimal
Lafee Nursing Bra by Shapee
Lafee Nursing Bra bagi mereka yang sukakan gaya renda ​​yang minimal

Classic Nursing Bra


Bagi mereka yang gemarkan gaya ringkas dan klasik, tetapi kekal selesa, pastinya bra ini mampu menambat hati anda. Dengan 10 pilihan warna yang menarik, ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai nursing bra dalam kehidupan seharian.


Nak tahu apa yang menarik tentang nursing bra ni? Jom kami kongsikan beberapa ciri rekaan yang menarik pada bra ini:


  • Diperbuat daripada bahan yang lembut dan selesa, sangat sesuai bagi puting yang sensitif
  • Seamless bra yang tidak mempunyai cangkuk dan juga tidak akan kelihatan ketara pada T- Shirt atau baju harian anda

Apa yang menarik, nursing bra ini juga mempunyai rekaan yang boleh menampung pembesaran payudara sehingga tiga saiz dan lebih sokongan kepada payudara. Proses menyusu juga menjadi lebih mudah dengan hanya membuka satu klip dengan sebelah tangan.


Anda berminat? Jangan lupa dapatkannya di sini.



Lafee Nursing Bra


Sekiranya anda inginkan sentuhan gaya dengan renda yang comel, apa kata cuba Lafee Nursing Bra? Dengan jenis material kain 100% kapas yang lembut, ia sangat sesuai dan selesa  digunakan bermula dari fasa mengandung hingga ke fasa menyusu.


Jika faktor keselesaan menjadi keutamaan, jangan ragu lagi untuk mendapatkan nursing bra ini di sini.

Lacey Nursing Bralette
Lacey Nursing Bralette dengan3 pilihan warna menarik​​

Seksi, bergaya dan selesa!


Lacey Nursing Bralette


Siapa cakap ibu yang menyusu tidak boleh kelihatan seksi dan bergaya? Dengan Lacey Nursing Bralette, anda boleh kelihatan lebih seksi dan pada masa yang sama kekal selesa!


Rekaan lace atau renda yang cantik


Kebanyakan nursing bra yang berada di pasaran jarang yang ada mesra menyusu dan pada masa yang sama anda mengekalkan gaya yang menarik.


Dengan rekaan lace atau renda yang cantik dan seksi ini, ia pastinya akan meningkatkan keyakinan diri anda sebagai wanita semula!


Bralette

Bralette merupakan jenis bra tanpa wayar besi bagi memberikan keselesaan kepada pemakai. Namun, bagi ibu menyusu, rekaan yang ditawarkan di pasaran terlampau ringkas dengan warna yang membosankan dan tidak menarik.


Namun, dengan Lacey Nursing Bralette, pastinya anda akan rambang mata dengan pilihan warna yang berani dan seksi.


Anda berminat? Jangan lupa dapatkannya di sini

Sassy Nursing Bra by Shapee
Sassy Nursing Bra sesuai untuk ibu yang aktif​​

Ibu aktif, anak selesa


Sassy Nursing Bra


Seterusnya, bagi ibu yang gemarkan gaya hidup yang aktif, menyusu anak bukan lagi alasan untuk tidak kekal aktif. Dengan Sassy Nursing Bra, ia sangat sesuai digunakan ketika ibu ingin melakukan senaman.


Dengan lebih sokongan dan juga material yang selesa, ia boleh dipakai sepanjang hari. Bukan itu sahaja, tali bra Sassy Nursing Bra juga boleh digunakan dengan gaya criss cross untuk memberikan lebih sokongan dan juga keselesaan.


Anak anda perlu menyusu ketika anda bersenam? Tidak perlu menukar atau menyalin bra lain, Sassy Nursing Bra ini mempunyai klip yang mudah dibuka bagi menyusukan anak anda. Mudahnya!


Anda berminat? Jangan lupa dapatkannya di sini

Luxe Nursing Bra by Shapee
Top 10 Nursing Bra T​​erbaik di Shopee

Luxe Nursing Bra


Selain itu, Luxe Nursing Bra pastinya mampu menambat hati anda. Dengan rekaan seperti bra tetapi dengan lebih sokongan serta keselesaan, pastinya anda akan makin tertarik.


Malah, Luxe Nursing Bra juga diperbuat daripada material kain yang sejuk dan mampu menyerap peluh. Tidak kira dalam kehidupan seharian atau sewaktu melakukan aktiviti lasak, pastinya anda akan kekal selesa sepanjang hari. Jangan lupa dapatkannya di sini. 


Tidak kira apa jua jenis rekaan nursing bra yang dipilih di Shapee, kami yakin dengan rekaan yang akan memudahkan golongan ibu menyusu dan memberikan yang terbaik bagi anak anda.


Kami harap tips yang kami kongsikan ini mampu membantu anda memilih nursing bra yang terbaik sesuai dengan gaya hidup anda. Dengan pilihan yang ada, semoga ia membantu proses menyusu badan ibu kekal selesa dan selamat!

August 17, 2022 — Sabihah
Tags: Nursing Bra