Dalam menjalani ibadah berpuasa, ada beberapa golongan yang dibenarkan dan diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. Antaranya adalah:

- Wanita hamil

- Wanita yang menyusukan anak 

 

Selain itu, terdapat beberapa lagi golongan yang dinasihatkan oleh doktor untuk tidak berpuasa kerana dikhuatiri akan membawa kemudaratan kepada diri dan bayi. 

 

1. Kehamilan di Trimester pertama (3 bulan yang pertama)

2. Berisiko mendapat darah beku (Venous Thrombosis)

3. Tidak sihat seperti demam, muntah-muntah dan sebagainya

4. Ibu yang menghidap kencing manis atau GDM yang memerlukan insulin atau metformin

5. Ibu yang menyusukan bayi dan bimbang terhadap kesihatan diri 

6. Ibu dalam tempoh berpantang. Ibu selepas berpantang berisiko mendapat Thrombosis kerana dikhuatiri tahap kepekatan darah nifas masih tinggi dari selepas bersalin sehingga 6 minggu berpantang. 

7. Ibu mempunyai kehamilan yang berisiko tinggi seperti penghidap penyakit jantung, praeklampsia (preeclampsia) dan autoimun. 

Golongan ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum merancang untuk berpuasa. Selamat berpuasa & selamat beramal! 

July 04, 2022 — Shapee Malaysia